Monday, December 7, 2009

PTD MAKIN BETAPAK DAN TAK MAHU KELUAR DARI IMIGRESEN

Apa yang kita fikirkan selama ini telah berlaku, Para PTD makin takut kehilangan kuasa maka mereka dengan muka tak malunya melanti ramai PTD kontrak menjadi TPIN atau Timbalan Pengarah Imigresen Negeri dan Penolong Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat.

Samada kita sedar atau tidak golongan First Badge KP 42 seolah-olah dianak tirikan oleh JUNTA RAHMAN OKU. Apa tidaknya kesemua KP 42, KP 38 dan KP 32 telah DIGAGALKAN dalam peperiksaan PTK mahupun prestasi. Kita fikir balik APA MOTIF ujian FIZIKAL dikenakan ketika temuduga KP 27 baru-baru ney. Ketua Pengarah sendiri tidak lulus ujian fizikal macamana nak jadi contoh pada orang lain.

Mungkin kita semua tidak sedar bahawa sebenarnya PTD ini berkuasa secara tidak sah dalam Jabatan Imigresen Malaysia, kita just wait and see nanti bila ada kes mahkamah barulah akan terbongkar macam kes REPCO HOLDING dimana PTD yang PERASAN KELUARKAN SANKSI PENDAKWAAN.

Jangan lupa PAK LAH sendiri bekas PTD tengok apa dah jadi dengan UMNO dan kerajaan

Tuesday, November 24, 2009

BILA NAK KOMPOM?????

Setahun yang lalu, kita Para Pegawai Imigresen dari golongan gred KP amat berbangga apabila rakan-rakan kita berjaya dinaikan pangkat ke Gred KP 41/42 atau Skim Penguasa Imigresen setelah diperjuangkan selama hampir 25 tahun.

Mantan KPI pada masa itu Yang Berbahagia Dato Mahmood Adam berkata, dalam tempoh 3 tahun, First Badge KP 41/42 ini akan berpeluang menjawat jawatan dan menggantikan golongan PTD sehingga KP 54 atau KP 48 sekurang-kurangnya. Beliau jugak berjanji bahawa kesemua Penguasa Imigresen KP41/42 ini akan dinaikan pangkat ke KP44 dalam tempoh 6 bulan dan bagdge seterusnya akan dinaikan pangkat. Keutamaan juga akan diberikan kepada Pegawai Imigresen KP 17-32 yang mempunyai Ijazah. Namun kini sudah setahun berlalu TAPI tiada sebarang perubahan berlaku.

PUNCA utama adalah peralihak kuasa KPI dari Dato Mahmood Adam ke Datuk Abdul Rahman (OKU)Othman dan kemasukan Pn Kamariah Mohd Noh sebagai Pengarah Sumber manusia. Kedua-dua makhluk ini seolah-olah ANTI kepada golongan Gred KP. Kenaikan pangkat golongan Gred KP ini seolah-olah disekat. YA atau TIDAK masakan kesemua TPPI KP27-38 yang mengambil PTK tidak lulus. Adakah kesemua golongan ini BODOH sangat. Sumber-sumber dalaman mengatakan keputusan periksa PTK telah disabotaj dengan harapan para PTD masih terus bertapak dalam Imigresen dan tidak mahu kehilangan kuasa macam ala-ala JUNTA Myanmar la katakan.

Monday, November 23, 2009

KENAPA PTD KEMARUK SANGAT NAK MASUK JABATAN IMIGRESEN

1. Kuasa yang cukup besar dalam memberi kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara
2. Dapat Kad Kuasa Imigresen dan TIDAK pernah dikembalikan walaupun meninggalkan Jabatan
3. Boleh guna kenderaan HONDA CRV sebagai kenderaan RASMI padahal kertas kerja dulu kenderaan tersebut adalah untuk kegunaan Unit Risik Bahagian Penguatkuasa
4. Boleh MAIN GOLF kat MANA-MANA TEMPAT dengan ALASAN mesyuarat Pengarah-pengarah.
5. Kebal dari tindakan undang-undang, UNTUK MAKLUMAN setakat ini 2 ORANG PTD yang PERNAH berkhidmat dengan Jabatan Imigresen telah KEHILANGAN KENDERAAN PACUAN 4 RODA iaitu TOYOTA FORTUNER JABATAN IMIGRESEN ketika dibawah kawalan mereka. TETAPI TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL.

APA YANG ORANG AWAM PATUT TAHU

Jabatan Imigresen Malaysia, bila sebut aja semua orang tahu dan ingat kesemua petugas di jabatan Imigresen Malaysia adalah terdiri dari pegawai yang dilantik dari skim perkhidmatan Imigresen.

Sebenartnya dari hampir 11,000 Pegawai dan kakitangan Imigresen hanya 75% sahaja terdiri dari Pegawai lantikan Skim Pegawai Imigresen, Penolong Penguasa Imigresen, Penguasa Imigresen atau GRED KP, 25% lagi adalah terdiri dari kumpulan Gunasama iaitu terdirti dari skim perkhidmatan berdasarkan GRED M,N,F,S,R dan golongan YANG PALING BESAR KEPALA terdiri dari PTD atau gred M.

Negara pernah digemparkan mengenai berita BEKAS KETUA PENGARAH IMIGRESEN, BEKAS TIMBALAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN, BEKAS TIMBALAN PENGARAH IMIGRESEN PERLIS ditangkap dan didakwa oleh SPRM. Yang RAKYAT diberi tahu mereka-mereka ini dari jabatan Imigresen TETAPI hakikat yang sebenar mereka adalah PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK atau PTD yang sememagnya berebut-rebut mahu berkhidmat dengan jabatan Imigresen Malaysia.

Sunday, November 22, 2009

PENGARAH SUMBER MANUSIA DITUKARKAN!!!!

Salam semua warga Imigresen yang bergred KP dan berpakaian seragam putih biru, tanggal 19 hb November 2009, kita semua berasa amat bertuah apabila PUAN KAMARIAH (PTD MENUMPANG IMIGRESEN) telah dikeluarkan dari Jabatan yang kita kasihi. (Katanya DITUKARKAN 24 JAM)

Tidak ada sebarang jasa yang boleh dikenangkan semasa beliau ditumpangkan di jabatan kita. Kehadiran beliau jugak sedikit sebanyak telah menyekat peluang KITA GOLONGAN IMIGRESEN GRED KP BERBAJU PUTIH BIRU untuk naik pangkat.

Moga-moga beliau bahagia didalam PENJARA bersama Jabatan Penjara Malaysia. Akhir kata diharapkan YB Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg KSU KDN tolonglah hantar PTD yang berkualiti ke Jabatan IMIGRESEN.