Setahun yang lalu, kita Para Pegawai Imigresen dari golongan gred KP amat berbangga apabila rakan-rakan kita berjaya dinaikan pangkat ke Gred KP 41/42 atau Skim Penguasa Imigresen setelah diperjuangkan selama hampir 25 tahun.
Mantan KPI pada masa itu Yang Berbahagia Dato Mahmood Adam berkata, dalam tempoh 3 tahun, First Badge KP 41/42 ini akan berpeluang menjawat jawatan dan menggantikan golongan PTD sehingga KP 54 atau KP 48 sekurang-kurangnya. Beliau jugak berjanji bahawa kesemua Penguasa Imigresen KP41/42 ini akan dinaikan pangkat ke KP44 dalam tempoh 6 bulan dan bagdge seterusnya akan dinaikan pangkat. Keutamaan juga akan diberikan kepada Pegawai Imigresen KP 17-32 yang mempunyai Ijazah. Namun kini sudah setahun berlalu TAPI tiada sebarang perubahan berlaku.
PUNCA utama adalah peralihak kuasa KPI dari Dato Mahmood Adam ke Datuk Abdul Rahman (OKU)Othman dan kemasukan Pn Kamariah Mohd Noh sebagai Pengarah Sumber manusia. Kedua-dua makhluk ini seolah-olah ANTI kepada golongan Gred KP. Kenaikan pangkat golongan Gred KP ini seolah-olah disekat. YA atau TIDAK masakan kesemua TPPI KP27-38 yang mengambil PTK tidak lulus. Adakah kesemua golongan ini BODOH sangat. Sumber-sumber dalaman mengatakan keputusan periksa PTK telah disabotaj dengan harapan para PTD masih terus bertapak dalam Imigresen dan tidak mahu kehilangan kuasa macam ala-ala JUNTA Myanmar la katakan.
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment