Monday, November 23, 2009

APA YANG ORANG AWAM PATUT TAHU

Jabatan Imigresen Malaysia, bila sebut aja semua orang tahu dan ingat kesemua petugas di jabatan Imigresen Malaysia adalah terdiri dari pegawai yang dilantik dari skim perkhidmatan Imigresen.

Sebenartnya dari hampir 11,000 Pegawai dan kakitangan Imigresen hanya 75% sahaja terdiri dari Pegawai lantikan Skim Pegawai Imigresen, Penolong Penguasa Imigresen, Penguasa Imigresen atau GRED KP, 25% lagi adalah terdiri dari kumpulan Gunasama iaitu terdirti dari skim perkhidmatan berdasarkan GRED M,N,F,S,R dan golongan YANG PALING BESAR KEPALA terdiri dari PTD atau gred M.

Negara pernah digemparkan mengenai berita BEKAS KETUA PENGARAH IMIGRESEN, BEKAS TIMBALAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN, BEKAS TIMBALAN PENGARAH IMIGRESEN PERLIS ditangkap dan didakwa oleh SPRM. Yang RAKYAT diberi tahu mereka-mereka ini dari jabatan Imigresen TETAPI hakikat yang sebenar mereka adalah PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK atau PTD yang sememagnya berebut-rebut mahu berkhidmat dengan jabatan Imigresen Malaysia.

No comments:

Post a Comment